23 Feb 2014

cite post

kat mana lagi tempat yang aku boleh buat post tanpa ada yang mengenali aku.. kat sini je la tinggal satu-2 nya harapan.. Wchat dah tak privacy, pantang aku post sket.. ada la penganalisis dari ceruk mana hentah!!..

post-2 aku sering kali dilabel sebagai post jiwang! post dari hati yang terdalam kot..haha!! paling tidak pun masa kumpul ngan geng se-tanah air, salah satu agenda wajib mereka ialah 'membahan' post aku!!..  & yang paling latest, post aku dapat award post gedikkk!!... haaa... kaw hadeee???  hahahaha... terima kasih kawan-kawan, atas undian korang.. aku berjaya meraih award ni dan sekaligus mengalahkan undian tertinggi jep sepahtu..hahahaha...

Sekian, Terima Kasih. TITIK!

6 Nov 2013

falsafah cinta sendiri

assalammualaikum.. terlalu lama menyepi diri,  nak cakap juga walaupun sebenarnya aku tau korang tak kesahhh dan tak nak ambik tahu pun..status-status hilal asyraf memang kena betol ngan aku malam ni. Elok juga, aktif fb dapat kata kata motivate macam tu.. kenapa deactivated? bak kata member aku.. "masalah emosi" hahaha! ya. aku tak nafikan itu lah puncanya. perpisahan tu memang sesuatu yang sangat menyakitkan, menghampakan mengecewakan dan adik beradik segala 'meng' . 

berpisah dalam keadaan masih punya kesefahaman. cuma bertelingkah dengan keputusan yang tidak sekata.
aku yakin semua orang nak kawen bila cite bab kawen ni. tapi aku juga yakin bahawa kita kawen ke tak kawen ke, atau pun bila kita akan kawen, xde yang tau.. perancangan bukan satu kepastian.
aku terima dengan hati yang terbuka yang kami memang xde jodoh. malah aku bersyukur. Benarlah! cinta itu membutakan hati membutakan mata. Siyesly aku tak suka perokok. tapi kenapa aku boleh bercinta dengan perokok??? see.. betapa cinta itu membutakan mata dan membutakan hati.
aku bersyukur sangat sangat walau pun mula mula tu aku agak parak gak.. ( nak gelak pun ada bila ingat )
menangis tiap malam dok mengenang cinta yang tah ape ape...

aku nak pesan kat semua.. kepada sesiapa pun yang baca..

cinta manusia itu tidak boleh kita jangka. hari ini cinta itu semanis madu, esok sepahit hempedu. hati manusia itu mudah berubah. hanya dengan kerlipan mata yang sesaat. tapi ingatlah.. cinta manusia itu hanya anugerah, kerana cinta itu sememangnya fitrah. bila cinta tersasar, maka terbabas sihati yang penuh cinta. atas kehendak si pemberi cinta dikala cinta itu berakhir, hati pedih, mata menangis, jari mula menepis. maka hati manusia yang tercemar mula merintih. cinta hakiki itu sentiasa mendengar. memberi ruang dan peluang, untuk mendatangkan hati yang telah lama hilang. 

14 Oct 2013

bingung nak tunjuk feeling

assalammualaikum...

lagi2 update blog bila kecewa... dah tu.. semua post pun, post kecewa.. tak tau dah nak kata apa, nak nangis aku dah tak larat, nak hepi sangat pun, ada juga sedihnya sket. aku pun kompius la nak tunjuk feeling yang mana satu.

30 Sept 2013

maaf..!

saya tahu saya salah.. tapi niat saya bukan untuk menyakitkan sesiapa.. tapi saya tahu saat ini bahawa cara saya benar-benar salah, saya membuat kamu seperti tidak ada hati yang boleh terluka. hanya sekali klik, kamu hilang dari friend list saya. saya mohon, jangan sia-sia kan waktu kamu di sana, jangan sia-sia kan jarak yang memisahkan kamu dari keluarga. semudah itu saya berfikir untuk menjauhkan kamu. dengan harapan agar kamu tidak hilang konsentrasi di sana. saya tahu bukan mudah untuk menimba ilmu di tempat orang, saya mohon, jangan hilang fokus hanya kerana saya.

hari ini saya tiba-tiba teringat akan kamu. bukan saya terus melupakan sebelum ini, saya mencari tetapi tidak bertemu. wajar. saya tahu kamu marah. saya tahu perasaan kamu bukan sekadar marah. tapi percayalah itu bukan niat saya. apatah lagi sengaja untuk buat seperti yang telah terjadi.


hati tidak keruan. tiba-tiba teringat pada seseorang. bukan juga merindu. tetapi nama itu tiba-tiba hinggap di ruang fikiran. Air mata menjadi saksi. Yusuf, seandai satu hari nukilan ini kau terima. maafkan saya atas apa yang terjadi. bukan niat untuk menyakiti. soal jodoh biarlah waktu yang menentukan. mungkin bukan sekarang. atau mungkin bukan saya saya tidak menolak. tetapi tidak juga berkata iya. hanya mampu ku serahkan pada takdir dan jodoh ilahi. cuma satu pinta ku. jangan ada sekelumit dendam terhadap diri ini.

salam maaf dari saya,
H.Liyana

15 May 2013

salam & selamat petang.. koya je i bagi salam, duduk atas kerusi bersandar badan dan kepala, jari mengetak dan ketuk keyboard. erhh! sungguh!.. aku ingatkan aku dah jadi bos dah tadi. ya, angan seorang Reenilyna.

stop pembukaan yang panjang. sat! nak sape uols dulu.. hai awak awak.... poyo tak kat situ???

 duduk depan pc dengan kerusi yang selesa & aircond yang sejuk.. aku stay kat lebri yang aku da anggap macam offies aku.. katakaw... huhu...

no point here, petang yang bening ni yang sebenarnya aku pun tatau bening tahap yang macam mana, kelas pun takdak selepas bertungkus lumus pagi tadi siapkan saimen falak yang perlu diantau sebelom tengah hari.. semput mak siapkan tau!!

dengan kepala yang tak berapa sehat semalam, aku pon tido awal, lepas je perjumpaan untuk projek KO, beli makanan untuk buka puasa, tunggu azan. makan. rehat sebentar tapi bukan dengan kit kat!. lima minit, enam minit, tujuh minit, cukupp!! kepala dah macam perut senak. elok lagi perut senak tak lah sakit sangat. tapi ni sakit kaww punya. kesian kat aku. dala pakwe pon takde nak tolong beli panadol! poyo kau Reen.. huahua.. lalu aku pun tidor.. siap off talipon kauuuu... letak tanda 'JANGAN KETUK PINTU BILIK AKU, SEKALI KAU KETUK, 2 KALI AKU BAGII!!!'

kauuu... orang lalu depan bilik pon takde bunyi wehh.. hahaha! kol 11 aku jaga.. kepala pun dah okay.. aku g mandi basuh baju... tet tet tet.. . . gedegang!! pintu bilik mandi di ketuk orang.. aku dalam hati.. " ni nak skodeng cara kasau ea, seminggu ko muntah hijau kalo nampak aku kat dalam ni" hahaha!

" Reen saimen kena anta esok wehhhh ".. nampak tak cemas kat situ???  sampai aku tengah mandi pun die kejar aku kat tandas..agak kalo aku nak berakkk, tekejut taikk aku tamau keluaq... aku : 'lime blasss" .. " esok laaaa" .. aku: "laaa yeke". steady lagi.. aku pon taktau kenapa aku bapak steady gila.. 
senyaaappp.. aku pon meneruskan keje2 kewanitaan aku tu... derrhhh...

lepas tu memang tak ngantuk.. takleh tido pon.. sementelah 'en.gem' aku pon da tido.. so aku pon buat la sket saimen tu... dengan nak kne ngafal pulok tuk esokkk.. takpe,,.. steady lagi... tuk tak tuk tak... arhhhh...3 pagi.. tak ngantuk lagi.. ni kalo tak tido mau sembap mata aku esok... tutup laptop... tido..
lena pula tu.. sampai la 6 setengah.. bangun, mandi, solat, sambung buat keje.

pepagi lagi da buat muke bengang, ko rilek aa gegel.. takyah buat muke taikkk sangat.. da ke Allah bagi akal memang untuk berfikir... kalo ko tak nak fikir ape la bezanye  kau ngan haiwan????? ha ha... ce jawabbb??? dan kau kenapa Reenilyna emosi tetiba... hahahaha!...

okay lah... tamau citer yang tu.. apa pun saimen tersebut telah pun dengan jaya dan selamatnya diantau. Aku dengan ketiak yang basaaahhh! sebab terpaksa buka langkah besar balik hostel sebab ada 2 page yang tinggal kat bilik, akhirnya menamatkan kesemputan aku tu.. dan alhamdulillah, semua saimen utk sem ni telah pun dihantar.. hanya yang tinggal beberpa pembentangan sahaja lagi..

sungguh! tak sabar nak tamatkan sem ni.. than.. i have 3 semester more... ya Allah.. permudahkan urusan seorang hamba mu ini... amiiiinnnnnnnnnnnnnnn


7 May 2013

tak guna nyer balakkk...

aaahhhhh....!!!...sakitnyer hatiiiiiiii.. aku ase nak jerit kuat kuat depan cermin sampai cermin tu pecah... kalau lah aku boleh buat macam tu kat depan muka ngko 'en.Mamat' yang menyampahhh!!

erhh! sungguh! geram giler kat kau.. 0ooo,... bukan tak poyo lagi ngko... mengalahkan puyuhhh!!
ptuikkkk... 


wahai kalian kalian.. ketahuilah, ketika saya menulis entri ini, saya sedang dihambat rasa geram yang membuak pada 'si gemuk'... macai ko gemuk.. xde kaitan ng politik..

ko boleh kluar tak bagitau... aku ye2 ingat ko duk tidor kat rumah.. aku kah yang buta.. atau tepat lagi bodoh kerana membutakan mata sendiri..

think wisely REEN!!!!.. erhhhh!!.

6 May 2013

untitled for 5/5/ 2013

sebelum tarikh 5/5 2013,
 terasa debaranY begitu hebat...
semua tertanya tanya..
 siapa siapa dan siapa...
 hari ini 6/5/2013..
daripada tarikh 5 ke 6..
terlalu banyak babak yang ditayangkan...

dan hari ini,
tanggal 6 Mei 2013,
 tiada lagi debaran itu,
 perjalanan kehidupan di teruskan seperti biasa,
Tiada lagi kemeriahan seperti hari hari yang lalu..
hanya cakap cakap dari mulut yang tidak kita mengerti dan tidak kita tahu kebenarannya.

ada yang bergembira,
tangisan pasti kedengaran..
dan...
Ingat!!! yang berat di dunia ini tiada yang lain melainkan AMANAH.