7 Feb 2013

aku demam ke?

assalammualaikum..


bangun pagi..gosok gigi..cuci mukaa... lalala.. ok cukup.. aku bukan nak menyanyi. aku stunt peringkat 4.. hahaha.. cesss... sungguh kau tak senonoh hana liyana.

pagi yang cerah, aku bangkit dari tidur.. celik mata.. ikat ikat benda yang macam ekor kuda ni.. terus g sidai baju.. ya saya.. ya nak ngaku la ni... tak basuh muka pon... errrrhhh.. sebok je... werrrkkk... haha!

tongtangtongtang..okay siap.. masuk dalam rumah. mak dah g kerja.. tinggal aku ngan 2 adik yang tak g sekolah sebab diaorang demam..

emm..tak tau nak buat apa.. baring kat sofa.. oh.. phineas & ferb.. layan katun sat.. seminit.. dua minit.. fokus layan katun hilang.. aku ... aku... aku rasa berat mata, nafas aku pula panas, tekak aku pula... perit..

aku rebahkan semula badan aku ni ke tilam air aku tu...sekor kambing, 2 ekor, 3 ekor.... Zzzzzzzz....
tak lama aku tido.. jaga lagi.. tekak tambah perit.. aku g dapur.. bukak peti ais... aaaaaaa... ada milo aku buat semalam.. saja letak bagi sejuk.. milo sejuk kan sedap.. gulp gulp gulp... emmmm sedap..

santai kat meja makan sambil termenung... auwhhh... tekak tambah perit... conclusion is.. rasa rasa turn aku pula nak demam ni.. adik aku berdua dah demam.. i hope sangat akan demam & sembuh before balik KT nanti.. tamau macam sem lepas.. 3 minggu pertama memang hilang fokus pada study. fokus g kat batuk yang ada isi ala ala cendol gtu.... huhu... 


well, that i'am ready for next semester?  aku tamau tau result aku sem ni.... tak nak! titik.


6 Feb 2013

lupa, kita lah tu

assalammualaikum...

lama nda jeguk kat sini...

kita ni sebagai manusia...


bila kita ada rumah baru
kita teruja sangat menghias
dalam hati kalau boleh biarlah secantik istana walau tidak sebesar mana,
kita cat elok elok
pilih perabot yang kita suka,
kadang kadang,
ada yang kata
biarla mahal asal kita puas hati
bukan selalu 
kita hias sampai puas hati..
sepuas puas hati menghias

bila kita bercinta
kita terlalu excited
sampai kalo boleh setiap hari nak contact si dia
dalam kepala sudah terpasang angan angan untuk hidup bersama
bahagia hingga hujung nyawa katanya
yang ada dalam fikiran masa tu
hanya lah bahagia
bahagia sebahagia bahagianya..



tapi
kita sebagai manusia ini
sering kali terlupa
atau mungkin terlepas pandang
atau pun mungkin memang langsung nda terfikir pun
bahawa




rumah yang kita hias secantik cantiknya hari ni
lama kelamaan akan di mamah waktu
rumah itu,
akan setua usianya,
juga usia kita..
yang baru..
akan menjadi usang


kita juga lupa..
bahagia yang kita fikir itu
bahagia sebahagia bahagianya itu
tidaklah sebahagia mana
kita terlupa
bahagia itu tidak mudah untuk kita kecapi
ada rintangan tak terlihat di depan,
hari ini berkaki,
boleh jadi kudung jika Allah mahu



~ tepuk dada, fikir sendiri