27 Jan 2013

...



Dengan nama Allah,
segala puji bagi RasulNya,



aku
hanya seorang biasa
bukan siapa siapa
tidak solehah
jauh sekali..
sangat jauh...

tapii...

aku tetap mencuba
sejuta kali aku mencuba
sejuta kali juga
aku jatuh

namun...

layakkah kau menghukum aku??
layakkah kau menghala sesinis pandangan padaku..
padahal kau juga manusia
manusia yang diberi nafas
sama seperti aku...

ohhh..
aku terlupa..
aku tidak baik,,
tidak sebaik engkau!!
tatkala aku menyapa,
tiada balasan dari mu..


aku 

hanya manusia biasa biasa
tiada yang lebih dari aku

hati...

tetapkan dirimu
jangan kau endah 

langkah

teruskan jejakmu
jangan terhenti hanya kerana kata manusia










24 Jan 2013

bercerita pasal cinta



assalammualaikum..
aku ase nak buat entri ni pas aku baca entri nick td.
asalnya aku nak komen je kat entri tu...
tp pnjg sgt komen aku tu.semak je..segan pl aku... huhu
bukan nak kata aku ni pakar sangat hal hal relationship ni.
tapi tak salah kalau kita berkongsi pengalaman kita..
kan kan... (-.-)
  mcm la org nak dengar sangat..hampehhh..

xkesa... nak cite gak! korang bukak tinge luas2 dgr aku cite
agak poyo ye ngko hana liyana...hehe


haaa..dgr mak nak habaq ni..

bila kita in love..
kita kn sedar bahawa jodoh itu adalah rahsia Allah
bukan undi je rasia tau
so, even kt bcnta bagai nak runtuh rak tp 
kalau xda jodoh..
akan bpisah jugak..
sebelum kte terbabas kerana sakitnya cinta
so kena sntiasa ingatkan diri sendiri.
mak ayah tak suka mungkin hanya asbab
haaaa...dah kuar da ilmu asbab musabab
errr ...maksudnya, berlaku sesuatu itu ada sebabY & ada kesanY
tapi yang sebenarnya.. kita kena sedar bahawa..jodoh kita bukanlah bersama si dia.
so, kalo frust takyah la nak tertonggeng tahap hentak kepala kat dinding ehh..

bagi yang dah jumpa mak ayah..
mak ayah pun dah bagi green light...
pun belum tentu 'green light' itu tandaY kita berjodoh dengan si dia..
kembali kepada fitrah adalah sebaik baik cara..
Allah yang datangkan cinta di setiap hati manusia..
kepadaNya juga lah adalah sebaik baik tempat kita meminta & berdoa...


'jika dia adalah jodohku, dekatkan aku denganY,
jika tidak, jauh kan aku dari dia'

'bila kita frust dengan sesuatu yang kita suka,
cakap kat diri sendiri,
pasti ada hikmahY,
Allah sedia sesuatu yang lebih baik dari yang ada sekarang'



sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain ~ qouted from mummy!

debbo lagi sekali. dah 2x laaa...



once again..
debaran tu datang lagi..
ni bukan debaran sehati berdansa..
bukan juga debaran lebaran..
errrgh..sori guys... debaran yang melampau kat dada ni..
emmm...
okay...
cool down...
takpa takpa...
meh kita tgk baju ni..
pilih nak yang mana..
cecantik semua
mata memilih padahal hotak masih mikir sal result..
errrrhhhh...!!!


ya Allah...permudahkan segala urusan kami....

serabut pepagi



pepagi ni
bangun tido je aku da serabut..

sebelum ni aku cool je,
tak fikir apa pun...
tetiba plak pagi ni aku dup dap sal result exam

kenapakah??

23 Jan 2013

umur


adik kena isi borang 'kuam'
apa benda pun aku tak tau sal borang kuam ni..
( kira macam borang bantuan la )

adik isi, than tanya aku..
umur berapa?
aku? ternganga jap...

umur??? 
umur aku???
hahahaha...

inilah...
hampir setiap kali orang tanya aku soalan tu,
aku failed nak jawab dengan segera!
adakah aku tak ingat atau buat buat tak ingat..
aku sendiri tak tahu...



saya masih 'belasan tahun' (-.-)

21 Jan 2013

harus pergi


sentap!
ingatkan aku salah book tadi..
aku beli mas,
tp kenapa air asia yg email..
rupanya air asia tu just iklan..
reservation aku x sampai g,
bila aku refresh baru ada..

ada misi yang perlu diselesaikan,
aku perlu berangkat lagi,
semoga kali ini lebih baik dari yang lalu,
semoga yang lalu adalah pengajaran terbaik buat aku dan yang lain,
mengulangi perkara yang sama??
aku sudah serik
harap dijauhkan dari jalan seperti itu.
harus.
menuntut pengorbanan.



18 Jan 2013

selamat hari lahir kawan



assalammualaikum,
hari ni
beday kawan aku
kawan
yang aku tak penah jumpa
kawan
yang tak penah langsung aku bersua muka dengan dia
cuma sesekali chat kat YM, kat fb


'selamat hari lahir kawan, semoga kau di tempatkan bersama orang orang beriman'

al-Fatihah untuk arwah Ilham Ellani.





# tengok cite ni masa form 3 dulu.. tengok kat bilik APD dalam library. korang dah tengok?sedihh...








17 Jan 2013

wordless # 2

assalammualaikum...

hai korang, selamat malam. xda benda nak cita sebenarnya.. tapi bak kata ema "xda idea, tapi nak update jugak,sebab balik u nanti xtau boleh update hari hari ke tak" hehe... ye dak kak ema???

hmmm.... apasal kitaorang awal cuti ea.. aku tgk member len br je abes paper... br je nak fly hr ni... hmmmmmmm


ma, kita msk kuliah bpa hb?  wehhh...  apasal aku xpenah teserempak ng ko on9 sesame?

sihat? ke.. kembang?

pagi, keluar bilik... tengok mak ada kat meja tengah sarapan. aku tengok mak.. aku masuk dapur.. ambik pinggan... kaut nasi... 'bismillah.... ngap ngap ngap...... alhamdulillah.. 

tak sampai tengah hari.. tetiba aku ase nak makan nasi lagi..! aku pandang periuk nasi.. aku kata... jangaaaaan...... baru je makan td... aku pun buat buat tengok tv... seminit, dua minit, tiga minit... aku tak fokus tengok tv...!  aku pandang periuk nasi kali ke dua.... aku pandang tv, pandang periuk nasi lagi...

arrrrrggghhh... ada aku kesa?? ... aku pun makan la nasi  berlauk kan ayam kari... lalalalala....

16 Jan 2013

hargai aku by armada










 menilai di mana letaknya hati setiap insan untuk menghargai sesuatu.

bekerja dengan 'hati'

membantu dengan 'hati'

'hati'

kunci diri utama..

di mana..

letaknya hati kita???




# sedih tengok mak cik tu nangis, sedih bila tengok dalam beg duit mak cik tu cuma ada duit syiling ja.. 
agak agak dalam dunia realiti, masih ada kah lagi manusia yang membantu benar benar dari hati??
1st time tgk even da byk kali dgr.

wordless

dan, aku terus dengan pandangan satu. hati? tidak terkata apa. bibir? terkunci rapat. terlalu sukar dimengerti. perasaan ini, tidak aku bertemu kata untuk meleraikan maksudnya.

satu, dua, tiga,... jari jemari masih menari di pentas pena tanpa warna. satu satu bait kata terukir. apa bicaraku? masih tercari cari.

dan akhirnya. aku mengerti. rasa ini, biar ku simpan sendiri. rapi, dan hanya aku dan 'Dia' sebenarnya yang perlu tahu.. dan Dia, sememangnya tahu. Kerana dia Maha tahu. dan dia yang merancana.

baik atau buruk. aku terima. kerana itulah takdir ku. dan takdir ini menjadikan 'siapa aku'. andai takdir baik, syukur itu perlu. Andai sebaliknya, itu hanya ujian, yang perlu di lalui..


15 Jan 2013

Dear ema



assalammualaikum...

dear my friend, ema....

dont put your worry on me, this page will be permanent activate. InsyaAllah..hahaha!

                                                                                                truely,
                                                                                                         hanaliyana











'tayang' cinta. perlukah??



i love u.. muax muax

cayang awk celamanya

kau lah imam ku

kau lah makmum ku

cinta you sampai mati..




sahabat2 diluar sana, mungkin anda sedang berbahagia dengan dengan feeling 'kembang bunga setaman' anda.. tapi kalo nak bersayang sayang tu.. takyah la nak public kan sangat.. geli kot...

cinta, cinta juga... tapi kawal la sket.. sebaiknya.. tak perlu tayang sangat gambar gambar korang berdua.. kalo ya pun ada.. cukup lah sekadar untuk simpanan peribadi korang ja.. ni tak.. dok upload bagi orang jelak nak termuntah tahap hijau punya bt pe.. nanti, kalo cinta tak menjadi, 'malu' tu g kat korang gak.

tolong ea...
aku ase nak hempuk kepala orang yang post ala2 macam tu kat fb.. xyah nak mengada sgt la... 

listen by sharifah zohra jabeen

assalammualaikum....

pagi ni macam biasa... aku bangun tdo.. bla bla bla... sebab kan awal sangat bangun, xtau nak buat apa..
aku pun on9 la kan.. belek fb ja... tinjau apa yang ada.. annndddd... yaaahhh... bahang 'fenomena listen' masih terasa.,..

aku pun x puas ati la kan memandang kan aku masih tatau apa cite sebenarnya yang menyebabkan 'fenomena listen' ni ibarat ledakan gunung berapi daripada mahasiswa sekalian.

dipendekkan cite.. aku pun google search & jumpa la apa yang di cari.. korang korang yang kurang cakna macam aku ni ( sedar diri aku tak cakna manapun hal macam ni.. huhu ) boleh la baca citeY kat sini ..

aku kurang ambik tau hal macam ni.. tapi sesekali aku tengok juga ( kata, mahasiswa kan... haha )
tengok sekadar untuk pengetahuan je la.. bukan aku pun nak join angkat bendera sekali sambil jerit2 apa yang aku sokong..!

& macam biasa la.. bl da tengok tu mesti suka buat ulasan kan...


- petama, bila aku tengok ja video ni, apa yang aku fikir ialah 'mereka sedang melentur pemikiran mahasiswa' dengan *****..bl da siap dengan ikrar tu sekali. ( korang akan fhm sndri bl tgk )

- keduaY, panel bckp tentang 'right' / hak!.. tapi kenapa beliau tidak memenuhi hak si student yang bertanya tu, untuk menghabiskan soalan beliau???

- ketigaY, dia kata ' pelajar dalam dewan ni gembira apa yang kerajaan buat untuk mereka ' ( lebih kurang ceni la ayat dia ) . aku cukup geram dengan student yang tepuk tangan tu,... suke la korang kan kena bayar hutang banyak2.. sebab tu korang tepuk tangan.

yes, of course la bila dah berhutang, kita WAJIB BAYAR HUTANG.. berapa yang kita hutang.. jumlah tu la yang kita kn bayar balik...tp kalo lebih.. korang tau sendiri la kan.. xperlu aku nak sebut..

lastly, ini hanya lah PANDANGAN AKU SEMATA MATA ... kata, setiap orang ada hak kan.
(tak terbayang macam mana pengguna PT manage kewangan mereka untuk bayar hutang)






14 Jan 2013

listen


1. Ada orang datang ke rumah kamu, jual bedak. Kamu tanya dia balik, "Kenapa nak kena beli bedak ni, sedangkan saya ada pilihan bedak yang lagi baik?"

Kemudian, orang tu sindir dengan nada marah dan perli,

"Kalau tak suka dengan bedak ni, keluarlah dari rumah ni!"

Hah? Keluar dari rumah sendiri? Kamu rasa dia tiga suku ke tak?

2. Ada orang datang ke universiti kamu, buat forum dan promosikan ideologi dan pemikiran dia. Alah, maksudnya dia paksa orang terima pendapat dia la. Misalnya, dia paksa seluruh pelajar universiti terima fakta kajian dia yang bertajuk, "Durian crepe adalah tak sedap langsung."

Kamu sebagai pelajar, bangun dan tanya soalan. "Kenapa pula tak sedap, saya makan sedap je. Saya syorkan kalau nak sedap lagi, letak aiskrim atau tukar dengan inti cokelat ke blueberry ke....lagi...."

Tapi, belum sempat lagi kamu habiskan ayat, dia dah mencelah:

"Shut up. When I'm talking, u listen. Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me.." (direpeat sebanyak 99x)

"I kata durian crepe tak sedaplah, kau paham? Kau ni akal macam manusia, tapi fikir macam haiwan. Tengok, kau ni tak belajar pendidikan respect langsung. Aku kata tak sedap, kau respect je la. Banyak songeh tol. Bersyukurlah aku dah buat kajian ni.."

"Universiti ni jemput aku. Kalau tak suka dengan universiti ni, keluarlah dan masuk universiti lain!"

Sekarang, kamu sebagai pelajar dan dia orang luar datang ke universiti kamu. Dia suruh kamu keluar dari universiti sendiri?

Agak-agak, waras ke tak waras orang macam ni?



okay... malam ni sedang berlaku fenomena 'listen, listen, listen,...." kat fb dalam kalangan mahasiswa. aku tak jelas cite sebenar (agak ketinggalan ya di situ ... huhu) mohon pencerahan dari sesiapa - please.

~ malam ni hujan.. sangat lebat.. malam ni juga la banyak bende nak citer...

suara kecil

assalammualaikum...




yang ni.. aku jumpa masa tengah 'belek-belek' fb td.. aku pun share la... saja nak tengok.. sape orang 1st yang akan like... daaaan.. yaaahh.. jangkaan ku tepat sekali. 'orang itu' adalah peng 'like' petama post aku yang ni..

~ oh ya... masa tengah makan tadi.. dengar berita ( switch on je tv.. x tengok pun.just dengar je ).. pandangan aku... ( aku tak lah sebijak mana.. tapi aku just melontarkan 'suara kecil' aku ni setelah aku melalui method 'perhati' & 'fikir' - & pendapat aku ini tidak lah menunjukkan aku ini pro atau contra pada mana mana pihak.. ) mengenai isu kalimah 'Allah' . dipendekkan kata... isu ini pun dalam pandangan aku telah dipolitik kan.. perlu ke???? korang ada tengok berita tv3 tak tadi? so, boleh nilai sendiri la kan...





saturday story

starting 1.00 p.m - lalalala.... sampai!

round 1st... cari baju!.. okay, cari kedai sport... jumpa! ambik satu, dua, tiga, empat helai jersey.... cukup.. bayar kat kaunter... tet tet tet tet.... hulur duit (ayah bayo. sebab tu sesedap ase je tarik baju mcm harga dia 5 osen sehelai).. done!

 round 2nd, jalan lagi... makan of course... xoxo ( x penah g kuar g mana2.. tapi tak singgah makan.. pasti! akan singgah.. hehe ) g food court kat bawah..  mak tanya.. nak makan apa?? aku dengan dahi berkerut mundar mandir depan makanan.. tatau nak makan apa... ( lebih tepatnya, ase nak makan semua..smpi xtau nak bt pilihn.... huahua ) kalau aku jalan ngan minun ( member se-Universiti aku ) dah tentu2 ktorg akan mkn je sesedap rase... seminit...dua minit..tiga minit..empat minit... round kali ke dua tengok menu... erhhhhhh... dah.. tamau mikio lg.. mami, mau sama macam mami la... haha! makan soto je... tau tak soto tu mende? tatau,tanyaaaa.... cup cap cup cap... done!

 round 3rd, jenjalan kat area bawah karamunsing.. xde apa sgt... dah.. jomlah.. maka bgerak la ktorg g car park....

mummy mau g shopping barg rumh d tanjung aru... aiyaiy kapten! driver, merangkap adik aku pun speed la ... kat sini xda apa nak borak.. just beli barg kemudian balik... g umah tok..


around 4.00 p.m - smpi kat umah nenda..

nenda kata aku dah nek bujang..huahua!... bukan setakat bujang.. dah boleh jadi bini orang dah pun nek... tinggal ade xde je orang nak... kawan seumur kita ramai je yang dah nikah... dah ada baby pun.. alhamdulillah... muraaahhh rezki korg ea... sembang2.. bla bla bla..

around 7.30 p.m - arahan nenda...

ada ayam kat sink tu... g potong... masak la makan malam... gulp..! aku ke? alamak... aku da lupa cara nak masak... biasa beli je kalo lapar...  cun tak? hahahaha!... aku cincang je la... pong pang pong pang.. haaa.. siap!.. nasib masih ada rupa ayam lagi...

~ tengok... tinggi tinggi pon org puan blaja... masok dapur gak potong ayam... haha!






12 Jan 2013

sabah aku dataaaaanggg

assalammualaikum...

haiiii....i'am bacckkkkk...ergggghhhh.. ada yg kesa ke...??? will be temporary activated in this months BECAUSEEEE.... i have my semester break right noooooowwwww.... huhu!

keterujaan melanda aku setelah beberapa bulan aku merangkak dengan keja yang tak habes ..
siyesly tatau apakah hasil sem ni... akan jatuh kah atau akan naikkah.. kalo jatuh adakah sekadar tepeleot sket.. tesadung kah.. atau tergolek kah aku... segham aku nak mikio nyer....

emm apa pun.. 10hb yg lalu.. 2 hari lepas la.. aku menjejak kan kaki ke bumi tercinta... 'sabah negeri di bawah bayu' perggghhhh... 'sabah aku dataaaaaaaang'  ko adeeeeee??? hahaha..