14 Jan 2013

listen


1. Ada orang datang ke rumah kamu, jual bedak. Kamu tanya dia balik, "Kenapa nak kena beli bedak ni, sedangkan saya ada pilihan bedak yang lagi baik?"

Kemudian, orang tu sindir dengan nada marah dan perli,

"Kalau tak suka dengan bedak ni, keluarlah dari rumah ni!"

Hah? Keluar dari rumah sendiri? Kamu rasa dia tiga suku ke tak?

2. Ada orang datang ke universiti kamu, buat forum dan promosikan ideologi dan pemikiran dia. Alah, maksudnya dia paksa orang terima pendapat dia la. Misalnya, dia paksa seluruh pelajar universiti terima fakta kajian dia yang bertajuk, "Durian crepe adalah tak sedap langsung."

Kamu sebagai pelajar, bangun dan tanya soalan. "Kenapa pula tak sedap, saya makan sedap je. Saya syorkan kalau nak sedap lagi, letak aiskrim atau tukar dengan inti cokelat ke blueberry ke....lagi...."

Tapi, belum sempat lagi kamu habiskan ayat, dia dah mencelah:

"Shut up. When I'm talking, u listen. Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me, Listen to me, listen to me.." (direpeat sebanyak 99x)

"I kata durian crepe tak sedaplah, kau paham? Kau ni akal macam manusia, tapi fikir macam haiwan. Tengok, kau ni tak belajar pendidikan respect langsung. Aku kata tak sedap, kau respect je la. Banyak songeh tol. Bersyukurlah aku dah buat kajian ni.."

"Universiti ni jemput aku. Kalau tak suka dengan universiti ni, keluarlah dan masuk universiti lain!"

Sekarang, kamu sebagai pelajar dan dia orang luar datang ke universiti kamu. Dia suruh kamu keluar dari universiti sendiri?

Agak-agak, waras ke tak waras orang macam ni?



okay... malam ni sedang berlaku fenomena 'listen, listen, listen,...." kat fb dalam kalangan mahasiswa. aku tak jelas cite sebenar (agak ketinggalan ya di situ ... huhu) mohon pencerahan dari sesiapa - please.

~ malam ni hujan.. sangat lebat.. malam ni juga la banyak bende nak citer...

2 comments:

  1. aku mo tgk video tu.. tapi line aku slow gilaaaa... jadi aku nda faham apa yang terjadi.. uwaaaaaaa...

    ReplyDelete
  2. tau dah... bc entri baru.. geram tgk...

    ReplyDelete