24 Oct 2012

lemah ~

sakitnya memendam perasaan.. ya Allah... luahkanlah kesakitan ini.. tunjukkan aku jalan keluar dari kesempitan ini... sungguh.. terlalu perit kurasa.. bukan aku tidak mengingatiMu Ya Robb.. seiring aku mengingatimu.. kesakitan juga semakin menusuk nusuk ke dasar hatiku yang terdalam.. ya Allah.. aku hanya seorang hamba Mu yang lemah.. pimpinlah aku.. tunjukkan aku jalan keluar.. sungguh bebanan ini begitu meruntun jiwa ku.. hinggakan aku terleka wujud Mu.. ya Allah.. jangan Kau jadikan lagi aku sebagai manusia yang lemah.. kurniakan aku kekuatan, kecekalan dan ketabahan menghadapi satu lorong ujian dalam hidup ku... hanya Kau mengetahui betapa aku berduka kala ini.. sungguh.. aku sedar ini adalah petunjukMu atas pintaku.. izinkan titis air mata ku luahkan demi mengurangkan keperitan ini,.. dalam keperitan ini.. ku panjatkan syukur padamu.. kerana ini adalah jalan yang Kau tentukan buatku.. tunjukkan aku hikmahmu ya Allah...


ya Allah,
pimpinlah aku dalam menjaga hati..

Allah maha tahu


kala aku gembira bersama insan lain, 
seringkali aku melupakan..
namun.. 
andai aku bersedih hati..
Kau adalah pendengar terbaik ku..
tidak pernah menolak..
andai menolak..
aku pasti ada yang lebih baik Kau rancang untuk Ku..

betapa aku alpa..
dibuai keindahan sementara..
dalam langkah ku yang gelita..
aku memilih cinta di dunia yang fana..
nah...!
kini aku merasa..
manisnya hanya sementara..

kini aku merintih lagi..
dan Kau tetap setia mendengar rintihanku..
sungguh,,
sungguh aku malu denganMu..
yang tidak pernah meninggalkan ku..
hanya aku yang sering meninggalkan mu kala aku dibuai kemanisan dunia yang melalaikan.

ya Allah..
pimpinlah aku  sebelum Kau kirimkan mujahid Mu 
untuk memimpin aku menuju jalan ke syurga Mu kelak...

robbi aasir wa la tu assir ya karim



rintihan kecil seorang hamba

ya Allah.. jika ini adalah yang terbaik buat ku.., kau redhakanlah hatiku, hilangkanlah kesakitan ini..


aku hanya seorang hamba yang lemah, dicemari dengan dosa dunia. 

ya Allah, kau jadikan ini sebagai titik perubahan ku.. jadikanlah apa yang berlaku ini sebagai kekuatan ku untuk lebih dekat pada mu..

ya Allah, walau kesakitan ini hinggap di hati kecil ku.. namun aku tahu, Kau tidak akan menguji hamba mu diluar batas kemampuan.. bererti aku mampu...

ya Allah.. jagalah hatiku, agar aku lebih berhati hati dalam mencari pengemudi hati. 

22 Oct 2012

doa



manusia itu pelupa..

bila gembira menemani.. lupa kepada pemberi bahagia.. bg manusia, yang menggembirakan itu mungkin seseorang atau sesuatu.. tapi manusia lupa bahawa yg menghadirkan 'seseorang atau sesuatu' penyebab gembira itu ada Allah Taala. 

bila kesakitan menerpa... barulah mengadu pd Allah..

~ ingat mati, ingat Allah.



pimpin diri mu sebelum memimpin yang lain


wahai wanita di luar sana..
berhati hati dalam memberi hati..
jangan mudah lentur dengan kata si jejaka.

lelaki sendiri berkata mengenai lelaki :

" lelaki pandai berkata kata, berhati hatilah wahai wanita "

setiap wanita pasti mengimpikan suami yang akan mengimamkan solatnya..
memperbaiki bacaan ketika tadarrusnya..

impian biarlah dengan usaha.. 
baiki diri untuk yang setimpal dengan kehendak..
Allah Maha Adil,
Allah Maha mengetahui,
Allah adalah sebaik baik tempat untuk meminta minta..





letusan perasaan..

abes test sejam, berbaki lagi sejam, so lec memang tak buang masa..  mengajar gak... aku pula.. sejam yang hilang fokus.. memang hilang... 

abes klas, aku meredah hujan demi menyuapkan mulut ni dengan nasi, sengaja tak guna payung.. nak tunggu, ada tak lelaki macho kat U ni yang sudi payung kan aku.. huahua.... ( sedihhhh.... memang tiada pun ) 

balik je bilik mood memang dah longlai dah... tengok fon ada 6 message.. ema,ziha,classmate,25333 & lastly    msg gud luck dr kwn. k.. fine, bls msg satu2.. roomate pl kluar g mndi... aku pula da tak leh memendam... aku msg ema lagi sekali.. 'ema, jantung aku sakit. sangat' . aku pun dah jadi keliru, jantung ke hati yang sakit. tapi yang aku sure, memang ada sesuatu yang menyakitkan tertahan kat dalam ni.. 

ok.. send! tegolek2 atas katil.. tiba2 fon bunyi... ema!.. aku pun jawab la.. aku pun dengar la suara ema di hujung talian. "kenapa?" bila saja aku dengar pertanyaan ema tu, dengan serta mertanya tangisan aku terluah tanpa dapat ditahan lagi... nangis yang bukan alang2 gtu.. korang dengar pun mesti panic.. kenapa dia ni?? knp nangis mcm tu?? hehe..

itulah tangisan dari dalam yang aku tahan berjam2 lalu... walaupun tangisan aku tu menimbulkan panic org lain ( yang mana roomate aku dr hujg toilet lagi dah tercari2 dari mana datangnya tangisan tu.. rupa2nya kat bilik dia sendiri... haha ) tapi aku rasa lega sket... tapi kesakitan tu masih lagi tersisa...

 
untuk kesakitan itu.... this is special dedication for you...

" andai ini adalah yang terbaik untuk ku.. kesakitan ini akan lenyap bersama berlalunya hari & berdetiknya waktu "

cinta 1 detik

semalam manisnya senyuman kerana cinta,
hari ini peritnya tangisan kerana cinta,


semalam kita bersahabat, 
kau leraikan dengan cinta

cinta....
apa ertinya tanpa perhatian..
manisnya hanya seketika..

kenapa perlu kau ubah persahabatan menjadi cinta,
kenapa perlu kau menagih cinta dari hati yang mudah lentur ini..

yang bermain di minda bukanlah wajah mu kini.. 
tapi sejuta cerita dalam lipatan kenangan kita..