lama nda jeguk kat sini...
kita ni sebagai manusia...
bila kita ada rumah baru
kita teruja sangat menghias
dalam hati kalau boleh biarlah secantik istana walau tidak sebesar mana,
kita cat elok elok
pilih perabot yang kita suka,
kadang kadang,
ada yang kata
biarla mahal asal kita puas hati
bukan selalu
kita hias sampai puas hati..
sepuas puas hati menghias
bila kita bercinta
kita terlalu excited
sampai kalo boleh setiap hari nak contact si dia
dalam kepala sudah terpasang angan angan untuk hidup bersama
bahagia hingga hujung nyawa katanya
yang ada dalam fikiran masa tu
hanya lah bahagia
bahagia sebahagia bahagianya..
tapi
kita sebagai manusia ini
sering kali terlupa
atau mungkin terlepas pandang
atau pun mungkin memang langsung nda terfikir pun
bahawa
rumah yang kita hias secantik cantiknya hari ni
lama kelamaan akan di mamah waktu
rumah itu,
akan setua usianya,
juga usia kita..
yang baru..
akan menjadi usang
kita juga lupa..
bahagia yang kita fikir itu
bahagia sebahagia bahagianya itu
tidaklah sebahagia mana
kita terlupa
bahagia itu tidak mudah untuk kita kecapi
ada rintangan tak terlihat di depan,
hari ini berkaki,
boleh jadi kudung jika Allah mahu
~ tepuk dada, fikir sendiri
No comments:
Post a Comment