6 Nov 2013

falsafah cinta sendiri

assalammualaikum.. terlalu lama menyepi diri,  nak cakap juga walaupun sebenarnya aku tau korang tak kesahhh dan tak nak ambik tahu pun..status-status hilal asyraf memang kena betol ngan aku malam ni. Elok juga, aktif fb dapat kata kata motivate macam tu.. kenapa deactivated? bak kata member aku.. "masalah emosi" hahaha! ya. aku tak nafikan itu lah puncanya. perpisahan tu memang sesuatu yang sangat menyakitkan, menghampakan mengecewakan dan adik beradik segala 'meng' . 

berpisah dalam keadaan masih punya kesefahaman. cuma bertelingkah dengan keputusan yang tidak sekata.
aku yakin semua orang nak kawen bila cite bab kawen ni. tapi aku juga yakin bahawa kita kawen ke tak kawen ke, atau pun bila kita akan kawen, xde yang tau.. perancangan bukan satu kepastian.
aku terima dengan hati yang terbuka yang kami memang xde jodoh. malah aku bersyukur. Benarlah! cinta itu membutakan hati membutakan mata. Siyesly aku tak suka perokok. tapi kenapa aku boleh bercinta dengan perokok??? see.. betapa cinta itu membutakan mata dan membutakan hati.
aku bersyukur sangat sangat walau pun mula mula tu aku agak parak gak.. ( nak gelak pun ada bila ingat )
menangis tiap malam dok mengenang cinta yang tah ape ape...

aku nak pesan kat semua.. kepada sesiapa pun yang baca..

cinta manusia itu tidak boleh kita jangka. hari ini cinta itu semanis madu, esok sepahit hempedu. hati manusia itu mudah berubah. hanya dengan kerlipan mata yang sesaat. tapi ingatlah.. cinta manusia itu hanya anugerah, kerana cinta itu sememangnya fitrah. bila cinta tersasar, maka terbabas sihati yang penuh cinta. atas kehendak si pemberi cinta dikala cinta itu berakhir, hati pedih, mata menangis, jari mula menepis. maka hati manusia yang tercemar mula merintih. cinta hakiki itu sentiasa mendengar. memberi ruang dan peluang, untuk mendatangkan hati yang telah lama hilang. 

No comments:

Post a Comment